Sultan Mahmud Badaruddin II

Untuk lapangan terbang dengan nama yang sama, sila lihat Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II.
Mahmud Badaruddin II
Sultan Palembang Darussalam
Sultan Mahmud Badaruddin II
Pemerintahan18041812, 1813 & 1818-1821
Nama penuhSultan Mahmud Badaruddin II
Nama keputeraanRaden Hasan Pangeran Ratu
PenggantiSultan Ahmad Najamuddin III

Sultan Mahmud Badaruddin II (l: Palembang, 1767, w: Ternate, 26 September 1852) ialah Sultan Palembang Darussalam (1803-1819) setelah mewarisi pemerintahan ayahnya, Sultan Muhammad Bahauddin.

Dalam masa pemerintahannya, Sultan Mahmud Badaruddin II beberapa kali memimpin pertempuran melawan Britain dan Belanda, termasuk Perang Menteng. Pada tahun 1821, ketika Belanda secara rasmi menguasai Palembang, Sultan Mahmud ditangkap dan diasingkan ke Ternate. Namanya kini diabadikan sebagai nama lapangan terbang antarabangsa di Palembang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II.

Jenis mata wang 10,000 rupiah yang dikeluarkan pada 20 Oktober 2005 menonjolkan Sultan Mahmud Badaruddin II sebagai gambar hiasannya. Malangnya, penggunaan gambar ini telah menjadi kes pelanggaran hak cipta disebabkan gambar tersebut telah digunakan tanpa izin pelukisnya. Namun kemudian terungkap bahawa gambar ini telah menjadi hak milik jawatankuasa penganjur lumba lukis wajah SMB II.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy